Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya tidak akan menyokong pembangkang walaupun sering memberikan pandangan yang mengkritik kepimpinan Umno.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri berkata pandangan yang diberikan Tun Dr Mahathir adalah demi kebaikan Umno dan bukan melemahkan parti tersebut.

"Tak timbul langsung isu di mana Tun menyokong pembangkang. Tapi saya tengok pembangkang nakal juga, ada poster kata dia (Mahathir) akan datang berkempen untuk Pakatan di Rompin dan Permatang Pauh, pergi demonstrasi di depan Sogo untuk himpunan anti-GST. Itu karut.

"Dia ada pandangannya tapi pandangannya untuk kekuatan parti, tidak sesekali untuk kelemahan parti. Jadi jangan harap dia akan sokong Pakatan," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Tanah Liat, Permatang Pauh.

Mukhriz ditanya tentang kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang menyebabkan pakatan pembangkang menganggapnya sebagai "De facto Opposition Leader".

Dr Mahathir sebelum ini pernah digesa mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tindakannya yang sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara isu yang dikritik bekas pemimpin itu ialah mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuyaa Shaariibuu dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS