Duta Malaysia ke Indonesia akan mengadakan pertemuan dengan akhbar terkemuka republik itu Tempo berikutan penyiaran laporan berkaitan gaya hidup mewah perdana menteri dan isterinya.
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin untuk memberi penjelasan dan fakta sebenar, lapor MyMetro .
"Saya melihat Tempo menulis berita itu dengan mengambil fakta daripada sumber lain termasuk media luar negara. Fakta itu tidak benar.
“Jadi saya mahu maklumkan fakta sebenar mengenai Perdana Menteri kita termasuk latar belakangnya," beliau dilaporkan sebagai berkata.