Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyentuh kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucap utamanya di Invest Malaysia 2015 hari ini.
Beliau menyentuh kenyataan “sesetengah pihak” yang mengaku mungkin keseorangan menyatakan kebenaran.
Sebaliknya, kata Najib, beliau hari ini tidak langsung berasakan berkeseorangan.
"Saya tidak berasa sendirian langsung sebaliknya saya berasa ditemani dengan begitu baik,” katanya.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian dalam acara di Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur.
Najib berkata terdapat banyak pihak di peringkat antarabangsa mengesahkan kejayaan Malaysia dan beliau rasa berbangga dengan pencapaian itu.
Mahathir sebelum ini berkata beliau mungkin keseorangan menyatakan kebenaran terhadap Najib, terutamanya dalam isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).