Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berharap Umno tidak hanya menyebar video seks semasa kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh kali ini.

Rafizi berkata, ini memandangkan naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa parti itu akan mendedahkan satu kejutan dalam kempen tersebut.

“Biarlah mereka dedahkan kejutan. Tapi saya harap ia bukan satu video seks sebab itu sahajalah selalunya kejutan dari Umno,” kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata, pengundi Permatang Pauh juga sudah muak dengan permainan politik seperti itu.

“Lagi pun, saya tak fikir mereka boleh reka apa-apa mengenai Kak Wan (presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Zahid di Permatang Pauh hari ini berhubung “kejutan” yang akan muncul dalam kempen tersebut.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS