Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mengelak dari menjelaskan beberapa isu utama dalam wawancara khas yang disiarkan pada malam ini.
Walau menjawab isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MBD) beliau tetap tidak membuka mulut mengenai kaitannya dengan jutawan Jho Low.
Beliau juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, yang menyebabkan adik beradiknya terpaksa mempertahankan nama baik bapanya, allahyarham Tun Abdul Razak.
Kenyataan itu ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan kekayaan dan perbelanjaan mewah anggota keluarga Najib dengan harta yang diwarisi perdana menteri.
Najib juga tidak menjawab secara khusus mengenai isu yang masih dibangkitkan dalam kes Altantuya – motif pembunuhan dan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu.
Najib sekadar mengulangi sumpahnya bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu.
Wawancara tersebut disiarkan melalui stesen TV pada malam ini, susulan serangan terbuka oleh Mahathir yang disifatkan Najib sebagai “semakin sengit”.