Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Audit bangkitkan masalah kolej tentera RM116 juta
Diterbitkan:  Apr 6, 2015 4:43 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Stor senjata terdedah dan bangunan tidak boleh didiami antara masalah yang dialami oleh Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Kedah, yang menelan belanja kerajaan sebanyak RM116 juta.

Perkara itu antara kelemahan diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Laporan itu membangkitkan seperti berikut:

“Pembinaan  beberapa kemudahan bangunan dan prasarana tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pagar keselamatan bagi stor peluru dan senjata; tiada penghadang antara padang bola dengan kolam renang dan tiada penghadang pada menara abseiling.”

Laporan juga menyebut “bangunan keselamatan tidak boleh diduduki walaupun telah siap dibina kerana tiada kelengkapan perabot dan keseluruhan sistem komunikasi tidak berfungsi”.

KTU dibina oleh Syarikat Keindah Sdn Bhd.

Ia sepatutnya disiapkan pada November 2012 tetapi tertangguh selama 161 hari.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS