Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "tidak berbangkit", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Hal ini timbul selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin sebagai "calon yang paling layak" untuk mengambil alih tugas perdana menteri selepas Mahathir menggesa Najib berudur.

"Bagi kami dalam Umno, ia jelas. Kami memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib, selaku presiden parti.

"Persoalan berkaitan siapa calon yang paling menggantikan beliau tidak berbangkit," katanya kepada pemberita di Kuala Langat, Selangor.

Walaupun perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir perlu dijawab, sokongan Umno terhadap Najib masih tidak berbelah bagi, katanya.

"Hal ini bukan persoalan sokongan atau kesetiaan, ini persoalan menangani isu-isu," kata Khairi yang juga MP Rembau.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS