Pemuda MCA mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lambat mengumumkan pendirian mengenai rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan terhadap pelaksanaan hudud.
Ketua Pemudanya Wong Sin Woon berkata oleh kerana BN sudah menolak pelaksanaan hudud di Kelantan, tiada sebab bagi Najib selaku pengerusi parti itu, tergesa-gesa mengumumkan pendiriannya.
"BN telah pun memutuskan untuk menolak hudud dan ia telah pun dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Adakah ada badan lain lebih tinggi daripada ini?
"Kenapa PM mesti segera mengeluarkan kenyataan? BN sudah pun mengumumkan bahawa parti itu menolak hudud," katanya kepada pemberita sewaktu ditanya mengenai perkara itu.
Chong juga yakin anggota parlimen Umno tidak akan mengundi menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
Beliau berharap ahli parlimen itu tidak mencontohi ADUN Umno di Kelantan yang sebulat suara mengundi untuk enakmen tersebut.