Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Razak Baginda dibebas selepas 'kajian mendalam'
Diterbitkan:  Mar 30, 2015 3:16 PM
Dikemaskini: Apr 1, 2015 8:16 AM

Kerajaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuiya Shaariibuu kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas “kajian mendalam” dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Oleh yang demikian, kepupusan telah dibuat untuk tidak memfailkan rayuan,” kata Nancy dalam jawapan Parlimen menjawab soalan Nga Kor MIng (DAP-Taiping) kepada perdana menteri.

Nancy berkata kajian menyeluruh dilakukan oleh pihak pendakwaan untuk menentukan sama ada rayuan perlu dibuat atau tidak, berdasarkan ketengan dikemukakan semasa perbicaraan.

Nga mahu tahu sebab sebenar Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap pembebasan Razak Baginda yang melibatkan sebuah kes pembunuhan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Razak Baginda dituduh bersubahat dengan bekas anggota polis elit Azilah Adzri dan Sirul Azhar Umar melakukan pembunuhan terhadap Altantuya, seorang wanita warganegara Mongolia.

Mahkamah melepaskan dan membebaskan Razak Baginda tanpa dipanggil membela diri atas alasan keterangan yang dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS