Laman pembocor maklumat Sarawak Report berdepan penggantungan selepas “individu tidak didedahkan” membeli hak cipta hambar hartawan Jho Low berparti dengan beberapa orang selebriti.
Laman itu pernah menyiarkan beberapa gambar ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), antaranya dengan bintang Hollywood Paris Hilton.
Editor pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown ( kanan ) memberitahu Malaysiakini bahawa firma Celeb Images Agency yang mendakwa mempunyai hak cipta terhadap gambar berkaitan tidak wujud.
Katanya, semakan Rarawak Report terhadap gambar yang beredar di Internet untuk empat tahun terakhir itu baru-baru ini dibeli oleh seorang individu.
“Syarikat bergelar Celeb Images Agency tidak benar-benar wujud sebagai perniagaan dan tidak mahu bayaran atas penggunaan – ia hanya mahu ugut kami supaya buang gambar itu dan ugut syarikat pelayan komputer untuk memaksa kami, jika kami terus menggunakan pelayan itu.
“Jadi, kami mula rasa ragu. Kami jejak pemilik sebenar hak cipta dan mendapati seseorang yang tidak didedahkan baru-baru ini membeli hak cipta itu dan mereka tidak dibenarkan mendedahkan lebih daripada itu,” katanya melalui sebuah e-mel.
Pelayan komputer Sarawak Report diberikan hingga Isnin utnuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.
Laman itu sebelum ini mendedahkan beberapa e-mel didakwa anara 1MDB dan PetroSaudi International dalam urus niaga dipertikaikannya, yang dikaitkan dengan Jho Low.