LAPORAN LANGSUNG
8.06pm:
PKR mengesahkan bahawa ahli jawatankuasa Kita Lawan, Fariz Musa telah ditangkap di bawah Akta Hasutan.Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Fariz ditangkap di Petaling Street sekitar jam 7.45 malam dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.
7.25pm: Sogo - Kebanyakan peserta telah pun beredar.
Hanya kira-kira 20 orang yang masih kelihatan di depan Sogo.
Tidak ada anggota polis yang kelihatan dan suasana di situ kembali normal.
7.10pm: Jalan Dang Wangi - Kira-kira 100 peserta berada di seberang jalan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Mereka melaungkan "Pecat IGP" dan menggesa supaya Rafizi Ramli dan Tian Chua dibebaskan.
Kira-kira sedozen polis berlindung dari hujan renyai di halaman balai polis, dan hanya kira-kira lima anggota yang memberi perhatian kepada para peserta.
Kira-kira setengah dozen kenderaan 'black maria' diletakkan di luar bangunan.
Selepas kira-kira lima minit, para peserta beredar dari situ.
7pm : Jalan Ampang - Polis telah mengalihkan benteng yang mereka letak di Jalan Ampang dan beredar.
Ia selepas peserta meninggalkan kawasan protes duduk secara aman pada pukul 6.45 petang seperti yang dipersetujui antara mereka dan pihak polis.
Lalulintas di Jalan Ampang kembali kepada keadaan biasa.
6.55pm: Jalan Dang Wangi - Hujan renyai. Salah seorang penyokong kini menjual baju hujan.
Para peserta telah melalui stesen LRT Dang Wangi dan kini menuju ke arah Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
6.45pm: di Pulau Pinang - Di utara tanahair, kira-kira 50 orang termasuk ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon; ADUN Kebun Bungah, Cheah Kah Peng dan wakil dari SAMM dan Pemuda PKR menyertai bantahan secara aman selama kira-kira 45 minit terhadap pelaksanaan GST di bulatan Seberang Jaya.
Kumpulan itu bersurai secara aman selepas membawa sepanduk dan kain rentang mendesak pengunduran Najib.
6.45pm: Jalan Ampang - "Hari ini kita telah menang!" kata Mandeep Singh kepada orang ramai.
Beliau berterima kasih kepada pihak polis sekali lagi dan menyeru para peserta supaya bersurai.
Mereka berpatah balik dan kini berarak ke arah persimpangan Jalan Ampang-Jalan Sultan Ismail.
6.40pm: Jalan Ampang - Kira-kira 50 anggota polis, yang berdiri di antara benteng polis, yang berpakaian biasa, kini memakai jaket polis.
Kesemua mereka kelihatan bersedia untuk membuat tangkapan, sekiranya perlu, kerana mereka semua memegang ikatan kabel.
6.30pm: Jalam Ampang - Seorang guru warga asing yang menyuarakan kebimbangannya kepada penganjur Kita Lawan mengenai isu keselamatan, telah menarik perhatian media untuk seketika.
"Saya mempunyai beberapa kanak-kanak di dalam kelas saya, ada yang berusia lima tahun. Anda tahu bagaimana keadaan mereka jika mereka tidak dapat berjumpa ibu bapa mereka kerana mereka (ibu bapa) tidak boleh memasuki bangunan itu.
"Saya menghormati hak mereka untuk berhimpun, cuma saya ingin menyatakan kebimbangan saya," kata Anna Stevens, seorang rakyat Australia yang mengajar di British Council, di bangunan bersebelahan tempat tersebut.
Beliau kembali ke bangunan itu selepas mendapat jaminan daripada pihak penganjur yang mereka yang duduk di situ tidak akan mengambil masa lebih daripada satu jam.
6.05pm: Jalan Ampang - Peserta perarakan kini berada 50 meter dari barisan anggota polis.
Exco Pemuda PKR Afzainizam Abd Rahman berkata polis menutup laluan mereka untuk masuk ke dalam kawasan KLCC.
Orang ramai mengucap terima kasih anggota polis kerana menjaga keselamatan mereka, dan berkata mereka akan meneruskan protes mereka di lokasi sekarang.
Mereka akan duduk disitu untuk selama 45 minit.
Satu sumber polis bagaimanapun berkata mereka hanya akan dibenarkan berada di situ selama setengah jam.
6pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan sebaran di media sosial yang mendakwa beliau ditangkap.
"Bapak sedang minum teh di rumah. Salam," katanya melalui SMS.
5.55pm: KLCC - Perarakan 'edisi perkahwinan' sedang menghampiri penghujung Jalan Ampang.
Lebih seratus anggota polis kelihatan menunggu ketibaan orang ramai di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.
Anggota polis itu yang berdiri dalam tiga barisan, telah meletakkan sekurang-kurangnya tiga penghadang plastik untuk menutup jalan.
Sebuah trak polis juga kelihatan di situ.
Satu peserta yang berang menjerit ke arah anggota polis itu tetapi mereka hanya berdiri dan tidak membalasnya.
5.30pm: Jln Ampang - Perarakan itu kini berada di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Sultan Ismail.
Polis trafik kelihatan berada di situ.
Aktivis kurang upaya Isaiah Jacob adalah antara mereka yang berada di depan perarakan.
Walaupun tidak ramai hadir, beliau tetap optimis dan berharap lebih ramai akan hadir dalam perhimpunan akan datang.
"Sehingga kita mencapai matlamat kita, datang dan sokong kami. Kita tidak dapat mencapai kemenangan tanpa sokongan mereka," katanya memberitahu Malaysiakini.
5.15pm: Jalan Dang Wangi - Orang ramai yang memenuhi separuh laluan jalan, berhenti seketika di depan ibu pejabat polis Dang Wangi.
Polis telah menutup pintu ketika orang ramai melaungkan "bebaskan tahanan!". Kira-kira sedozen anggota polis memantau orang ramai.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang ditahan di situ.
Mereka kelihatan antara lapan orang yang menjenguk dari tingkap ibu pejabat polis itu, sambil melambai kepada orang ramai.
Selepas lima minit, kumpulan itu meneruskan perarakan mereka ke arah KLCC.
5.10pm: Sogo - Kumpulan seramai kira-kira 500 orang telah mula berarak ke KLCC.
Mereka menyanyikan lagu Melayu klasik 'Selamat Pengantin Baru'.
Kelihatan kira-kira 20 anggota di hadapan Kompleks Campbell, dan mereka melintas jalan ke arah laluan peserta perarakan itu.
Hujan renyai.
Sementara itu Ketua Penerangan PKR Klang Rizal Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa kehadiran yang tidak ramai disebabkan oleh masa untuk membuat perancangan yang tidak mencukupi.
"Tidak seperti (7 Mac), maklumat datang lewat... Tidak ada cukup masa untuk merancang dengan betul," katanya.
Beliau menambah bahawa ketiadaan pemimpin tertentu yang telah ditangkap, juga tidak menggalakkan orang menyertainya.
5pm: Sogo - MP PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin memberitahu orang ramai yang ini merupakan minggu yang kritikal - minggu depan April Fool dan GST.
Sasterawan negara Datuk A Samad Said membacakan puisi di situ, dan orang ramai diam mendengarkan dengan penuh perhatian.
Orang ramai mula bergerak ke KLCC selepas ucapan beberapa pemimpin.
4.50pm: Sogo - Kira-kira 500 berhimpun setakat ini. Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, kehadiran anggota polis di sini nampaknya minimum.
Walaupun ramai yang memberi tumpuan kepada ceramah, di suatu tempat di belakang, seorang peserta turut membawa bersama anak kecil.
Bayi perempuan itu sedang tidur di dalam kereta sorong, dengan tulisan berbunyi "Help! They've stolen my future" dan "No tax for pampers".
Beberapa peserta mengipas bayi supaya tidak kepanasan, tetapi tak seorang pun mengakui ibu bapanya.
Apabila ditanya mengenai potensi bahaya membawa anak kecil di protes tersebut, mereka menjawab: "Kami hanya ikut orang ramai."
4.30pm: Jalan Raja Laut - Sekumpulan wanita berpakaian Melayu hitam memegang hadiah, bunga dan wang tunai, dengan mendakwa ia adalah "untuk meraikan" perkahwinan anak perempuan Najib.
Sogo - Orang ramai dari Masjid Jamek dan Dataran Merdeka telah tiba, menjadikan jumlahnya kini sekitar 350 orang.
Mereka melaungkan tangkap Rosmah, pecat Khalid.
Mereka juga menuntut pembebasan Anwar, dan juga Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditangkap semalam.
4.20pm: Sogo - Sekumpulan kecil peserta telah menarik perhatian orang yang membeli-belah di situ.
Laungan "Reformasi", "Down with BN" dan "End GST" memenuhi ruang udara.
Sementara itu satu sumber polis memberitahu Malaysiakini hanya kira-kira lapan orang yang menunggu Mat Sabu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Jalan Raja Laut - Perhimpunan itu berjalan dalam suasana perayaan, dengan para peserta memukul gendang dan membawa bunga manggar, sesuai dengan matlamat kumpulan itu untuk 'meraikan' majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Nooryana Najwa - di KLCC hari ini.
4.15: Dataran Mederka - Dua kumpulan peserta - satu dari Masjid Jamek dan satu lagi dari Jalan Tunku Abdul Rahman - tiba di tempat air pancut bersebelahan Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan di situ.
Kira-kira 350 peserta kini berkumpul, sambil melaungkan "Bebas Anwar", "Kita Lawan" dan menyanyi 'Buruh Tani', sebuah lagu Indonesia.
Plakard dengan gambar Altantuya Shaariibuu, ahli perniagaan Jho Low dan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Nooryana Najiwa - dibawa oleh peserta perhimpunan itu.
Mereka juga memukul gendang untuk menaikkan semangat.
410pm: Dekat Dataran Merdeka - peserta dari Dataran Merdeka dan Masjid Jamek telah berkumpul dan jumlah meningkat kepada 250 orang.
4.05pm: Sogo - Kumpulan dari HQ PAS tiba di tempat perhimpunan, dan bergabung dengan peserta lain yang telah tiba di situ.
Turut kelihatan ialah kira-kira 200 orang ramai yang melepak di luar Sogo.
4pm: Masjid Jamek - peserta perhimpunan telah mula berarak, dengan diketuai oleh penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.
Peserta melaungkan "reformasi", "hidup rakyat" dan "bebas Anwar".
Fariz juga melaungkan, "Tangkap Najib dan Rosmah" dan juga "Tolak GST".
TIdak pasti sama ada 3.40pm: Masjid Jamek - Kira-kira 50 penyokong, kebanyakannya berpakaian baju hitam, dilihat berkumpul bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek.
Kebanyakan kelihatan sedang berbual, dan menanti arahan lanjut sama ada untuk mula berarak atau sebaliknya.
3.55pm: PAS HQ - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dzulkefly Ahmad mengesahkan Mat Sabu memberi kenyataannya di Dang Wangi.
"Saya telah diberi jaminan beliau tidak akan ditahan, dan akan dilepaskan pada jam 4 atau 5 petang," katanya.
Kira-kira 20 peserta kini secara senyap-senyap berarak ke arah Sogo, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan ahli jawatankuasa Muslimat PAS, Aiman ââAthirah Al Jundi.
3.40pm: Masjid Jamek - Kira-kira 50 penyokong, kebanyakannya berpakaian baju hitam, dilihat berkumpul bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek.
Kebanyakan kelihatan sedang berbual, dan menanti arahan lanjut sama ada untuk mula berarak atau sebaliknya.
3.35pm: PAS HQ - Suasana agak sepi dan panas di Jalan Raja Laut, dengan hanya empat orang peserta Kita Lawan kelihatan setakat ini.
Seorang kakitangan ibu pejabat PAS memberitahu wartawan bahawa kebanyakan mereka sepatutnya berkumpul di situ, telah berkumpul di ibupejabat polis daerah Dang Wangi.
Mereka dilaporkan menunggu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dibebaskan sebelum berarak ke Sogo.
3.20pm: Penyokong perhimpunan Kita Lawan menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk 'meraikan' perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Mereka berhimpun di Dataran Merdeka, Masjid Jamek, dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan berkumpul di Sogo sebelum menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 4 petang.
Laporan oleh Adrian Wong, Alyaa Azhar, dan Zikri Kamarulzaman.