Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Raja-Raja tidak bincang hudud
Diterbitkan:  Mar 26, 2015 4:50 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Majlis Raja-Raja Melayu tidak menolak hudud seperti dilaporkan semalam. Malah, mereka tidak pernah membangkitkan isu enakmen syariah itu dalam mesyuarat mereka baru-baru ini.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya," Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, dipetik berkata hari ini.

Menurut Bernama , beliau juga menafikan pernah mengeluarkan kenyataan media bagi menolak laporan portal The Malaysian Insider yang menyebut Majlis Raja-Raja menolak hudud.

"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat aduan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan portal itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau dilaporkan berkata dakwaan itu tidak benar dan menggesa rakyat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar khususnya di media sosial.

"Perkara itu tidak benar. Ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

"Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial," katanya kepada selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang kementeriannya di Angkasapuri pagi ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS