Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan membelanjakan RM28 juta lagi untuk mengubahsuai jet peribadi yang didakwa dibelikan khas untuk kegunaan perdana menteri, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Kos menghias dan menaiktaraf kabin di dalam pesawat itu dimasukkan dalam harga jual-beli, yang didakwa berjumlah RM465 juta, tambah ahli parlimen Pandan.

Jet tersebut, model ACJ 320, sudah cantik dan selesa, tambah Rafizi, dan mempertikaikan keperluan menghabiskan lagi RM28 juta untuk hiasan kabin yang kelihatan "lobi sebuah hotel."

"Kami ingin mengetahui tujuan sebenarnya sejumlah RM28juta itu digunakan," katanya.

Rafizi turut mendedahkan bahawa jet itu sebelum ini dimikiki oleh Air Luther AG, dengan Comlux Aviation menguruskan jet itu untuk tujuan pajakan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS