Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP hentam Hadi atas 'pengkhianatan bersiri'
Diterbitkan:  Mar 21, 2015 3:59 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

DAP hari ini buat pertama kalinya secara terbuka mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan apa yang dikatakannya sebagai "pengkhianatan bersiri" oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat telah melampaui kedegilan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tetapi juga ketidakupayaan Abdul Hadi untuk mengotai janji-janjinya.

Menurutnya, isu yang dihadapi oleh majlis kepimpinan Pakatan bukan lagi sekadar kedegilan PAS yang mahu ercayai dan bekerjasama dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud tetapi juga penghinaan Pakatan dengan memungkiri janji yang dinyatakan sendiri kepada gabungan itu.

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS atau sebaliknya melihat Pakatan Rakyat berpecah," kata Lim dalam satu kenyataan.

Kenyataan Lim dibuat selepas pendedahan bahawa Abdul Hadi telah menghantar notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen berkaitan pelaksanaan hudud, tanpa pengetahuan gabungan tersebut.

Katanya, Hadi telah menghantar notis itu kepada Parlimen pada 18 Mac, untuk melaksanakan hudud ke atas orang Islam di Kelantan dengan meminda Akta 355, iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Manakalah undang-undang hudud di Kelantan, katanya,  hanya diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang pada 19 Mac.

Dengan mengemukakan notis itu ketika rang undang-undang itu baru diluluskan, kata Lim, menunjukkan bahawa Hadi sekali lagi memungkiri janji yang dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari bahawa sebarang usaha untuk mengemukakan usul persendirian itu, harus terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS