Pemimpin Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru semua menteri kabinet dan ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka kepada Parlimen.
Bekas menteri kewangan itu yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata pengisytiharan harta mereka perlu dilakukan secara berkala dan rekodnya disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujud menggunakan Akta Parlimen.
Katanya, pengisytiharan harta itu mesti termasuk semua ahli Parlimen yang lalu, ahli kabinet dan juga mereka yang dalam sektor awam dan swasta yang dalam kedudukan membuat keputusan.