Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli mendakwa, kerajaan persekutuan mendapatkan sebuah jet peribadi baru untuk kegunaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi turut menunjukkan dokumen yang didakwa mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian sewa beli dengan syarikat Jet Premier One (M) Sdn Bhd bagi memperolehi jet baru itu jenis Airbus ACJ320 itu.

Syarikat itu mengendalikan jet jenis Airbus ACJ 319, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang digunakan kerajaan sejak Disember tahun lalu.

Dalam sidang media itu, Rafizi turut menunjukkan gambar jet dengan dengan logo '1Malaysia' dan nombor pendaftaran 9H-AWK itu.

Rafizi berkata jet ACJ319 yang digunakan kerajaan sebelum ini melibatkan kos RM28.8 juta secara untuk sewa beli setiap tahun, selain kos penyelenggaraan sebanyak RM5.5 juta setahun.

"Jumlah kos untuk jet yang baru adalah agak terlalu tinggi dan keseluruhan proses itu nampaknya ada (unsur) manipulasi.

“Ini akan didedahkan dalam tempoh satu atau dua minggu, "kata Rafizi yang menambah, beliau sedang mendapatkan penjelasan dari kerajaan berhubung dakwaannya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS