Tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat, pihak polis hari ini melawat rumah Nurul Izzah Anwar untuk merakamkan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai itu.
Bagaimanapun Nurul ketika itu dalam perjanalan ke Kota Bahru.
“Tinggalkan penjara. Empat anggota polis berada di rumah. Malangnya dalam perjalanan ke Kota Bharu.
“Sudah pun buat temujanji di IPD (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi pada 16 Mac,” katanya di Twitter.
Semalam, selepas lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Nurul ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.
Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.
Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan.