Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan
Diterbitkan:  Mar 13, 2015 12:22 PM
Dikemaskini: 2:17 PM

Suntikan dana RM950juta "kredit tunggu sedia" untuk firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jelas sebuah tindakan penyelamatan (bailout), kata PKR.

Naib presidennya Rafizi Ramli berkata tindakan itu bertujuan melegakan kedudukan kewangan 1MDB yang tertekan dengan beberapa bayaran balik pinjaman dan faedah pinjaman yang perlu dilangsaikan segera.

Katanya, jika 1MDB mempunyai kedudukan kredit dan kewangan kukuh, mereka tidak perlu mengambil pinjaman atau suntikan sebaliknya hanya menyenaraikan beberapa anak syarikat untuk mendapatkan suntikan ekuiti pelabur awam atau menerbitkan bon.

Bagaimanapun, katanya, rekod kredit dan status kewangan 1MDB sangat lemah dan menyukarkan firma itu mendapat apa-apa pinjaman baru pada terma pinjaman biasa daripada institusi kewangan atau pasaran bon.

"Oleh yang demikian, tindakan mendapatkan suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan adalah jelas merupakan tindakan bailout.

“Kerajaan Persekutuan tidak memberi pinjaman sewenang-wenangnya kepada mana-mana syarikat kerana pinjaman sewajarnya diperoleh dari institusi kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi menasihati pengurusan 1MDB supaya menumpukan perhatian kepada usaha mengurangkan risiko kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Beliau juga meminta 1MDB dan  “tidak menegakkan benang basah” dengan mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan dana itu diberikan dalam bentuk pinjaman komersial.

Berita berkaitan:

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Blog digantung, ramai akses artikel 1MDB

Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB

Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib

'Ringgit lemah, hutang 1MDB dijangka naik'

1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?

PKR: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan

PetroSaudi kecam sedutan e-mel 'terpilih'

DAP: Dua-dua PM, timbalan harus undur


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS