Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PetroSaudi kecam sedutan e-mel 'terpilih'
Diterbitkan:  Mar 13, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 2:18 PM

PetroSaudi yang dikaitkan dengan dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempertimbang mengambil tindakan undang-undang berhubung e-mel yang dikatakan dibocor oleh Sarawak Report .

Syarikat cari gali minyak berpangkalan di Arab Saudi itu dalam kenyataannya hari ini menolak “kritikan tidak tepat di atas talian” berhubung usahasamanya dengan 1MDB.

Syarikat itu bagaimanapun tidak menyentuh secara khusus laporan Sarawak Report , laman pembocor maklumat terkenal, yang mendedahkan komunikasi itu.

Sarawak Report pada 28 Februari mengeluarkan salinan balasan e-mel yang didakwa menunjukkan PetroSaudi digunakan sebagai “muka depan” untuk pemindahan dana kepada hartawan Low Taek Jho atau Jho Low.

PetroSaudi mengutuk sedutan e-mel secara “terpilih” yang didakwa tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Syarikat itu juga berkata mereka percaya terdapat salinan e-mel dan dokumen dalaman diperoleh secara tidak sah dan sebahagiannya diubah.

“Kami sedang meneliti dan mempertimbangkan tindakan undang-undang yang tersedia,” kata syarikat itu dalam kenyataannya.

PetroSaudi membuat laporan polis terhadap Sarawak Report yang diuruskan oleh Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada bekas perdana menteri United Kingdom Gordon Brown.

[Baca berita asal]

Berita berkaitan:

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Blog digantung, ramai akses artikel 1MDB

Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB

Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib

'Ringgit lemah, hutang 1MDB dijangka naik'

1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?

PKR: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan

PetroSaudi kecam sedutan e-mel 'terpilih'

DAP: Dua-dua PM, timbalan harus undur


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS