Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi lapor isu 1MDB, kena tahan kes demo
Diterbitkan:  Mar 10, 2015 7:40 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Polis terus menahan pemimpin pembangkang berhubung siasatan kes perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Terbaru, Naib Presiden PKR Rafizi Rafizi ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.10 malam selepas keterangannya diambil.

Ketua PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (foto, dengan mikrofon) , yang ditahan dua hari lalu, dibebaskan jam 8.20 malam ini, kata peguamnya Melissa Sasidaran.

Seorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa (foto, pakai topi) , ditahan hari ini dan belum dibebaskan.

Menurut kenyataan biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS