Seorang anggota kepimpinan tertinggi PKR Fariz Musa hari ini ditahan polis susulan penglibatannya dalam perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwari Ibrahim Sabtu lalu.
Fariz, dalam Twitter, mengesahkan penangkapan itu.
Pemimpin NGO Jingga 13 itu juga berkata beliau ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
sy telah di tahan. Lawyer Melissa sdg berbincang dgn IO Tuan Sabri IPD Dang Wangi. Sy ditahan bwh seksyen 9(5) APA dan 143 KK
— Fariz Musa (@farizmusa) March 10, 2015
Beliau pada mulanya berkata dipanggil ke ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pada jam 10 pagi tadi.
Perhimpunan Sabtu lalu terbesar dalam siri-siri protes terhadap keputusan mahkamah itu.
Selain mendesak pembebasan Anwar, mereka juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.