Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kegagalan polis untuk membawa C Sugumar ke hospital sehingga menyebabkan kematiannya merupakan satu kesalahan dan menyalahi undang-undang, demikian diputuskan Mahkamah Koroner Shah Alam.

Lelaki yang kurang siuman Sugumar, 39, mati tidak lama selepas ditangkap kerana didakwa mengamuk di Batu 14, Hulu Langat pada 2013.

Menurut saksi, Sugumar ditindih oleh tiga anggota polis dan mereka menggarinya dalam percubaan mereka mengawalnya.

Seorang anggota polis memijak kepalanya ke tanah, manakala seorang lagi duduk di bahagian punggungnya dan yang ketiga berada di kakinya.

Koroner Rozi Bainun memutuskan bahawa kini terpulang kepada Peguam Negara dan polis untuk mengambil tindakan lanjut, seperti melakukan siasatan ke atas kematian Sugumar di bawah Kanun Acara Jenayah.

Menurut Rozi, Sugumar juga ditahan dengan cara "yang luar biasa dan ganas" oleh tiga orang polis yang menggunakan dua pasang gari terhadapnya.

Polis mendakwa Sugumar mengamuk di Kajang dan kemudian ditahan polis dan orang awam yang mengesyakinya seorang penjenayah.

Beliau ditemui mati dalam keadaan bergari dan mukanya dilumuri serbuk kari.

Polis telah dinafikan memukul Sugumar, dan mengklasifikasikan kes itu sebagai "kematian mengejut".

Rozi bagaimanapun memutuskan yang Sugumar "tidak membahayakan nyawa sesiapa" pada hari dia mati dalam jagaan polis.

"Tiada keterangan di mahkamah ini yang menunjukkan bahawa kelakuan "mengamuk" yang dikatakan itu membahayakan nyawa sesiapa," kata Rozi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS