Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakaman dakwa Mat Sabu burukkan Hadi tersebar
Diterbitkan:  Feb 23, 2015 4:52 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Sebuah rakaman didakwa mengandungi kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang beredar di Internet.

Ia antaranya dikesan dimuat naik di Facebook kumpulan pro-ulama dalam PAS, termasuk “Tuc Tok Usin Ceroi” awal petang tadi.

Rakaman 2.11 minit itu dimuat naik sekali dengan transkrip ucapan suara lelaki mirip Mohamad yang dikatakan sedang memberi taklimat memburuk dan menjatuhkan Hadi.

“Dasar pengkhianat Mat Sabu ini!” demikian nota iringan kepada rakaman itu.

“Hampa (kamu) lihat, dengar dan bacalah apa yang Mat Sabu dah buat. Rakaman ini koleksi sulit bapak-bapak 'jebon' tetapi Allah lagi hebat dengan membuka kejahatan depa (mereka)!”

Di kalangan kumpulan pro-ulama, kumpulan yang kritikal kepada status quo sering dirujuk sebagai “jebon” (memerang) – sejenis panggilan menghina bagi masyarakat utara Malaysia.

Sentuh 'ulama maksum'

Selain Mohamad, pemimpin parti Islam itu yang dikaitkan dengan “kumpulan Erdogan” turut menerima cemuhan sama.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, rakaman audio itu ( kiri ) sebahagian besarnya dilihat seperti taklimat berkaitan sebuah strategi penerangan, kemungkinan merujuk kepada krisis menteri besar Selangor sebelum ini.

Kemelut untuk memilih pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim itu berpanjangan apabila PAS tidak sependapat dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat yang mahukan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Istana bagaimanapun kemudian memilih timbalannya Azmin Ali.

Sementara itu, audio pendek itu juga tidak menyebut secara langsung nama Hadi sebaliknya hanya mengulas tentang seorang yang dipanggil “presiden”.

“Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu... (tidak jelas)," menurut ucapan itu.

Transkrip rakaman itu bagaimanapun menyebut Mohamad menggunakan perkataan " denied " (ditolak).

Menjelang muktamar

Intipati ucapan kontroversi itu juga antaranya menyebut:

  • Pihak PAS hanya kawasan hanya mendengar keputusan berhubung “hal Selangor” dalam bentuk khabar angin dan bukan maklumat betul.

 

  • Serangan balas perlu digerakkan dalam masa sebulan dua daripada tarikh itu dengan menemui pemimpin yang berpotensi menjadi perwakilan.
  •  

  • Keputusan yang berbeza dengan keputusan mesyuarat ia dikira pandangan peribadi dan bukan “keputusan jemaah”.
  • Kewujudan rakaman sebegitu dipercayai didorong kehangatan menjelang muktamar pemilihan PAS pada Jun ini.

    Ini ditambah lagi dengan keadaan kepimpinan Hadi dikritik hebat daripada luar dan dalam PAS sendiri.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Lihat Komen
    ADS