Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mahu membawa ibu bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar ke Australia bagi melihat perkembangan anaknya di sana.

Katanya lagi, beliau mahu mempertemukan Sirul dengan ibunya, Piah Samad kerana wanita 74 itu khuatir jika tidak dapat berjumpa lagi sebelum akhir hayatnya.

“Jadi (ibunya) sangat sedih, kami minta komitmen (kedtuataan Austalia) untuk uruskan ibu Sirul, bawa (beliau) jumpa Sirul,” katanya dalam sidang media di Keduataan Austalia.

Mahfuz hari ini menyerahkan surat memohon Australia menerbangkan ibu Sirul ke negara Kanggaru itu.

PAS juga meminta negara itu memberi “perlindungan” kepada Sirul.

“(Ia perlu) kerana ada pihak yang sangat membimbangi kalau beliau akan membocorkan motif pembunuhan yang berlaku terhadap Altantuya Shaariibuu,” kata Mahfuz.

“(Kes ini) sekarang ini menjadi perbincangan pelbagai pihak kerana keengganannya mendedahkan motif pembunuhan tersebut.

“Hanya Azilah (Hadri) dan Sirul sahaja yang boleh dedahkan,”katanya.

Timbalan duta terima surat

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Australia Dr Angela Macdonald menerima surat tersebut daripada Mahfuz dan akan memanjangkannya kepada Perdana Menteri Austalia Tony Abbott.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama Azilah Hadri.

Mereka dijatuhi dihukum gantung oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi di negara ini.

Kerajaan Malaysia tidak dapat membawa pulang Sirul kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman gantung untuk diekstradisi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS