Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz masuk ICU
Diterbitkan:  Jan 20, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.

“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” kata anaknya Nik Abduh.

Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh ( kanan ) meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.

Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

“Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Semalam uzur biasa

Nik Abduh semalam berkata ayahnya yang juga bekas menteri besar Kelantan cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit baru-baru ini.

Walaupun keletihan, menurut Nik Abduh lagi, ayahnya berada di rumah dengan aktiviti biasa, termasuk berjalan, membaca dan rehat.

Sementara itu Bernama semalam melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ( kiri ) sebagai berkata gambar 'viral' Nik Aziz yang terbaring kerana uzur adalah gambar lama.

Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Aziz, 83, yang terbaring sambil ditemani anggota keluarga  dalam sebuah bilik.

   

Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui Nik Aziz sebelum bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaannya ketika itu cuma sakit biasa.

Sementara Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.

   

Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

   

Terdapat juga khabar angin dan laporan palsu pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS