Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan Sulu: Milosuam dipenjara 2 tahun
Diterbitkan:  Jan 19, 2015 4:36 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Penulis blog pro-PKR terkenal “Milosuam” disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuat naik sebuah artikel berhubung pencerobohan Sulu di Sabah sebelum ini.

Milosuam atau nama sebenarnya Yusuf al-Siddique didapati bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Kota Kinabalu, Sabah, menurut Lawyers for Liberty.

Menurut kumpulan peguam itu lagi, dia dijatuhkan hukuman maksimum dua tahun penjara.

Mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS