Peguam, Eric Paulsen mengalu-alukan cadangan menteri penerangan agar beliau menjelaskan kenyataannya melalui satu debat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya dengan sukacitanya menerima jemputan debat,” katanya di Twitter, mengulas cadangan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Terdahulu, Ahmad Shabery berkata, debat berkenaan akan dapat memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan kenyataan yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.
Shabery berkata, persetujuannya itu bergantung kepada persetujuan Jakim.
Malaysiakini sedang mendapatkan jawapan Jakim dan telah mengirim pertanyaan melalui emel dan SMS.
Paulsen dibebaskan semalam selepas ditahan sejak Isnin lalu untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 atas satu tulisan peguam itu di Twitter.
"Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia," tulisnya.
Tulisan tersebut dipadamkan selepas mendapat kecaman meluas daripada pelbagai pihak.