Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Surat daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membersihkan nama individu yang didakwa raja judi haram Paul Phua daripada siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, telah ditarik balik.

Satu sumber di negara itu berkata, surat berkenaan ditarik balik beberapa jam selepas permohonannya pada hari yang sama selepas bantahan oleh pihak pendakwa raya, atas alasan teknik.

Ia tidak ada kena mengena dengan Putrajaya membantah surat yang telah ditulis oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, kata sumber dari Las Vegas kepada Malaysiakini .

Ini dilihat disahkan lagi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa semalam bahawa beliau tidak tahu menahu apa-apa mengenai surat itu.

Pada 29 Disember, pasukan undang-undang Phua daripada Goldstein dan Russell, menulis kepada Majistret Peggy A Leen, untuk menyatakan bahawa mereka menggugurkan surat Zahid selepas "kerajaan itu" menolak permohonannya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS