Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kabinet tidak tahu menahu berhubung surat Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes warganegara Malaysia Paul Phua, yang didakwa seorang raja judi.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana mahu menelitinya terlebih dahulu.

“Kami tidak bincangkan di kabinet,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Phua dan anaknya ditahan di Las Vegas, AS pada akhir tahun lalu selepas dikaitkan dengan kegiatan perjudian haram.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS