Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Memang ada orang M'sia anggotai 14K
Diterbitkan:  Jan 9, 2015 11:40 AM
Dikemaskini: 8:09 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengeluarkan penafian secara halus kepada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuduhan mengenai individu digelar raja judi, Paul Phua.

Khalid tetap enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Shafee, namun dilihat mempertahankan hasil siasatan polis ke atas Phua.

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini.

"Bagaimana orang mahu tafsir kenyataan itu terpulang pada mereka.

"Tapi sebelum saya kata sebelum ini, saya tidak akan komen lebih lanjut kerana ia akan menjejaskan prosiding mahkamah di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini .

Khalid diminta mengulas kenyataan Shafee pada Rabu lalu yang menunjukkan bahawa polis bertindak dengan salah kerana mengaitkan anak guamnya dengan 14K – memandangkan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Individu digelar raja judi itu serta anaknya menghadapi tuduhan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas pada tahun lalu.

Pihak berkuasa AS menuduh Phua menganggotai kongsi gelap berpengkalan di Hong Kong itu berdasarkan maklumat yang menurut mereka dibekalkan oleh PDRM.

Shafee telahpun menafikan laporan Malaysiakini , yang memetik sumber polis, bahawa siasatan pasukan itu ke atas Phua tidak salah.

Dalam menafikan laporan tersebut, Shafee berkata beliau “berpegang kepada apa yang disebut IGP”.

Kenyataan itu menimbulkan lebih banyak persoalan kerana ketua polis itu tetap berdiam diri dalam kes tersebut.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS