Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UM larang kakitangan anjur program politik
Diterbitkan:  Jan 8, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Ketika kerancakan kembali kegiatan mahasiswa di Universiti Malaya (UM), semua kakitangan pusat pengajian tinggi itu bagaimanapun kini dilarang menganjurkan sebarang kegiatan politik.

Gambar surat larangan daripada Pendaftar UM Yusoff Musa itu dimuat naik ke Facebook oleh pensyarah kanan ekonomi universiti itu Lee Hwok Aun

Surat itu antaranya menyebut, penglibatan itu tidak dibenarkan termasuk ketika cuti pengajian, percutian atau menghadiri seminar di dalam dan luar negara.

Surat itu juga menyebut bahawa UM memandang serius tingkah laku yang “tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat serta patuh kepada undang-undang”.

Sebagai reaksi, Lee ( atas ) berkata, masanya sudah tiba untuk keluar daripada bayang-bayang dan mengambil tempat sebagai “tuan” di universiti.

Ketika dihubungi, Lee mengesahkan menerima surat itu hari ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS