Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abdullah Hussain meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 1, 2015 12:30 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, yang suatu masa mencetuskan kontroversi melalui novelnya Interlok , meninggal dunia malam tadi ketika umur 94 tahun.

Menurut radio Bernama , beliau meninggal akibat sakit tua di Petaling Jaya Selangor kira-kira jam sembilan malam.

Novelnya Interlok mencetuskan kontroversi selepas didakwa sesetengah pihak sebagai menghina kaum India.

Abdullah ( kanan ) menerima Anugerah Sasterawan Negara, anugerah tertinggi dalam bidang itu, pada tahun 1996 dan Anugerah SEA Write daripada Thailand pada 1981.

Sepanjang hidupnya, beliau menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS