Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
 
Mengakui masih menunggu butiran lengkap berhubung kejadian itu, beliau berkata apa yang dapat disahkan setakat ini adalah pesawat milik Indonesia itu telah hilang daripada radar selepas berlepas.
 
"Ini bermakna kemungkinan besar satu musibah telah berlaku pada pesawat tersebut.
 
"Itu saja yang saya dapat tahu dan kita akan bantu untuk mencari apa yang telah berlaku kepada pesawat itu," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang Tengku di Kuala Lipis hari ini.
 
Beliau mengulas mengenai pesawat AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini waktu tempatan.
 
Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
 
Dalam mesej tweeter kemudian, perdana menteri berkata beliau berasa sedih dengan perkembangan terbaru itu.
 
"Amat sedih apabila mendengar pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang. Doa dan ingatan saya buat keluarga mereka," katanya.
 
Perdana Menteri berkata Malaysia sedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang hilang dengan membawa 162 orang.
 
Berada di dalam pesawat itu adalah 155 penumpang, terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
 
AirAsia berkata pesawat itu dikendalikan dua juruterbang, lima petugas kabin dan seorang jurutera.
 
- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS