Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Alhamdulillah Nazri cakap pasal 'Allah'
Diterbitkan:  Dec 23, 2014 4:10 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Menteri Besar Azmin Ali tidak mengendahkan saranan menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz supaya bukan Islam di Selangor menuntut penggunaan kalimah Allah jika mahukan kesetaraan.

Beliau sebaliknya secara sinis mengucap syukur kepada Allah ekoran kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

“Datuk Seri Nazri Aziz bercakap mengenai kalimah Allah?

“OK, OK, baguslah. Alhamdulillah,” katanya ringkas.

Semalam, Nazri berkata, masyarakat bukan Melayu yang menolak BN atas alasan mahu "kesetaraan” harus menuntut Selangor meminda enakmen berkaitan bagi membolehkan kalimah Allah digunakan mereka.

Menteri perlancongan itu berkata, perkara itu bukan masalah kerana Pakatan Rakyat kini menguasai dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS