Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: 4,663 dipindah, MB K'tan arah siap siaga
Diterbitkan:  Dec 18, 2014 3:19 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengarahkan semua agensi megeri dan persekutuan bersiap siaga berikutan keadaan banjir di negeri itu semakin buruk.

"Melihat kepada situasi banjir yang semakin buruk berlaku di negeri Kelantan pada waktu ini, saya mengarahkan semua jabatan negeri dan persekutuan agar berada dalam keadaan siap sedia dan turun membantu mangsa-mangsa banjir di semua lokasi pemindahan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Bernama melaporkan, jumlah mangsa yang dipindahkan setakat tengah hari ini mencecah 4,663 orang berbanding 3,811 orang pagi tadi.

Sebanyak 63 pusat pemindahan dibuka di 10 jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.

Kuala Krai mencatatkan bilangan mangsa paling banyak iaitu 820 orang diikuti daerah Pasir Mas (791), Jeli (696), Pasir Puteh (522), Kota Bharu (319) dan Bachok (60).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS