Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini secara berseloroh berkata, beliau bersedia menggantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mendapat sokongan.
Ketika diajukan soalan berhubung kesediaannya, Azmin yang juga timbalan presiden PKR hanya ketawa dan bertanya kembali kepada wartawan.
" You (awak) tak setuju? Kalau you sokong saya, saya OK-lah," katanya ketika diminta mengulas pandangan seorang ahli akademik terkenal semalam.
Penganalisis politik Prof Jayum Jawan semalam berkata Azmin calon yang sesuai menggantikan Anwar.