Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tiada gunanya membahaskan sama ada ia sesuai untuk abad ini, atau sama ada ia harus diguna pakai di Kelantan sahaja atau seluruh Malaysia.

Tiada gunanya bertanya bagaimana tangan akan dipotong atau sama ada perogol akan terlepas jika hudud dilaksanakan.

Kesemuanya telah ditulis dan dibahas seolah-olah tiada berpenghujung. Namun hakikatnya hudud masih dilihat subjek yang masih 'seksi', khususnya bagi orang-orang di luar Kelantan.

Bagi penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang itu, jika ditanya sama ada mereka menyokong hudud, jawapan penuh warna warni akan diperoleh.

Bagaimanapun, bagi orang di luar Kelantan hudud menjadi magnet, tidak kira bagaimana melihatnya – seperti bola kristal yang menyemarakkan sinaran cahaya tidak berkesudahan.

PAS harus dipuji kerana berjaya menarik perhatian parti-parti politik di Malaysia. Walaupun tanpa hudud, seperti tiada ruang untuk menghentam PAS.

Masih banyak perbincangan berkaitannya yang tidak selesai walaupun undang-undang jenayah itu sering dilihat turun daripada langit untuk mentadbir manusia.

Tambahan pula, perbincangan hudud begitu menarik, terutamanya apabila melibatkan perbincangan mengenai jenayah dan berkaitan anggota badan manusia.

Perbincangan mengenai hudud oleh pemimpin kanan PAS kadang-kadang menyebabkan siri drama penyiasatan jenayah CSI menjadi malu.

Umat Islam di semua peringkat membuat pendirian - sederhana dan melampau, bersedia dan tidak bersedia.

Ada yang berhujah, sebagai umat Islam mereka akan menyokongnya. Sementara yang lain pula menolak hudud untuk semua, walaupun untuk orang Islam sahaja.

[Baca ulasan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS