Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pendakwaan harus bebas dari pengaruh politik'

Kunci utama sebuah demokrasi adalah pemisahan kuasa dan setiap negara yang mendakwa mengamalkannya harus mengambil berat berkaitan kedaulatan undang-undang dengan memastikan kebebasan badan kehakiman.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Joseph Y Yun berkata, oleh kerana pendakwaan berada bawah kuasa eksekutif, penting bagi kerajaan memastikan ia bebas daripada sebarang pengaruh politik dan memastikan mahkamah, peguam dan hakim kekal bebas.

Yun berkata demikian dalam wawancara dengan Malaysiakini menjelang berakhirnya tahun 2014 beberapa minggu lagi.

“Kebebasan kehakiman bermaksud kebebasan mahkamah, peguam dan hakim – ia tidak bermaksud kebebasan pihak pendakwaan.

“Pihak pendakwaan sebahagian daripada penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi perlembagaan, jadi pendakwaan sentiasa menjadi cabang eksekutif seperti di AS dan juga Malaysia,” kata Yun.

“Sekarang, bagaimana pendakwaan mendakwa – ia patut adil, ia patut bebas daripada persekitaran politik dan patut mengambil kira perlembagaan dan kesahan sistem.

“Terdapat perbezaan penting antara kebebasan mahkamah dan keadilan, dan bagaimana kamu membawa kes itu untuk pendakwaan, kerana pendakwaan kebanyakannya menjadi cabang eksekutif,” kata Yun.

Yun berkata demikian ketika ditanya bagaimana AS melihat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS