Dyna Sofya berkata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin hidup dalam penafian jika menganggap bahawa DAP adalah sebuah parti yang hanya memberi "harapan palsu" kepada ahli politik muda.
Sebaliknya, kata Dyana, DAP sangat konsisten dalam mengiktiraf bakat-bakat muda dan memberi mereka peluang menyertai arus politik perdana.
Sebagai contoh, katanya, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (kanan), pertama kali dipilih pada tahun 2008 ketika dia berusia 27 tahun.
"Pada masa ini, kedua-dua ahli Parlimen yang paling muda di Dewab Rakyat adalah dari DAP - Steven Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari - kedua-dua berusia 32.
"Kami juga mempunyai beberapa ADUN yang berusia 20-an, seperti Liow Cai Tung di Johor dan Christina Chew di Sarawak," tegas Dyana yang juga setiausaha politik kepada ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
"Malah pemimpin kanan kami seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, telah bertanding ketika semua
mereka berusia 20-an," tambah Dyana dalam satu kenyataan.
Oleh itu, katanya, beliau gagal untuk memahami idea "harapan palsu" yang dimaksudkan oleh menteri
belia dan sukan itu.
Menurut Dyana, DAP telah memberi peluang kepada bakat-bakat muda yang berkebolehan dan berkelayakan.
Oleh itu, tegas Dyana lagi, apa yang dianggap oleh Khairy sebagai "harapan palsu" itu sebenarnya adalah pengiktirafan DAP kepada bakat muda.
"Sebaliknya, adakah Umno ada mencalonkan seseorang yang berumur di bawah umur 35 tahun dalam pilihan raya umum lalu?
"Dengan lebih daripada 300,000 ahli Puteri umno yang kononnya lebih besar daripada saya, berapa ramai sebenarnya diberi peluang untuk bertanding?" soal Dyana lagi.
Daripada pengkritik DAP di perhimpunan agung Umno, kata Dyana, parti itu sepatutnya bertanya pada diri sendiri mengapa parti itu tidak mendapat nafas baru.
"Mungkin mereka juga perlu ingat fakta bahawa kabinet pertama Tunku Abdul Rahman sebenarnya mempunyai beberapa menteri di bawah umur 35.
"Apa yang telah berlaku kepada Umno sejak itu? Jawapannya adalah jelas, tidak ada pemimpin mereka yang berminat untuk melepaskan kuasa mereka," katanya.