Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
Najib sebelum itu menjelaskan yang pendirian itu dibuatnya selepas mendengar pandangan pelbagai pihak daripada dalam dan luar Umno.
"Saya mendengar pendapat dan cadangan daripada timbalan perdana menteri, Wanita, Pemuda, dan Puteri serta usul daripada bahagian dan keresahan serta pandangan NGO.
"Maka saya sebagai perdana menteri memutuskan yang Akta Hasutan 1948 dikekalkan," katanya disambut sorakan gemuruh daripada perwakilan Umno.
Pengumuman ini merupakan pusingan-U kepada ikrar Najib sebanyak dua kali sebelum ini yang mahu memansuhkan akta tersebut dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.
Beliau pada bulan Julai 2012 membuat pengumuman memansuhkan akta itu buat pertama kali bersempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun itu.
Terakhir, beliau mengulangi sekali lagi pendiriannya itu pada September baru-baru ini.
Akta Hasutan menjadi perbualan apabila aktivis, pensyarah, dan wartawan ditahan untuk disiasat, didakwa serta dihukum penjara di bawah akta tersebut.
Siri dakwaan, siasatan dan hukuman itu membuatkan orang ramai mempersoal komitmen Najib yang sebelum ini mengumumkan pemansuhannya.