Niat baik Friends of BN, laman Facebook rasmi BN, untuk berkongsi maklumat berhubung nama-nama baru jalan yang berkuat kuasa hari ini di Kuala Lumpur mengundang kritikan orang ramai.
Selepas memuat naik maklumat berkaitan di laman sosial itu, orang ramai bertalu-talu mengambil kesempatan mengkritik, memperolok dan mempermain-mainkan pertukaran itu.
Di samping alasan mengelirukan, mereka membangkitkan masalah lain yang patut ditangani, antaranya masalah kesesakan, kualiti jalan raya serta kenaikan harga minyak.
Antara yang menarik, seorang pekerja syarikat khidmat penghantaran tampil berhujah bahawa pertukaran nama lapan jalan di Kuala Lumpur itu akan menyusahkan kerjanya.
Selepas dimuat naik semalam, sudah 6,867 menekan butang “like” manakala 3,193 pengguna telah
Lapan jalan di ibu negara, antaranya, Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuh Raya Mahameru ditukar nama-nama sempena Yang di-Pertuan Agong Malaysia mulai hari ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-raja.
Anggota parlimen Segambut Lip Lim Eng antara yang menentangnya dan menuntut kerajaan menjalankan referendum terlebih dahulu.
Beliau juga mencadangkan nama Agong digunakan untuk jalan baru, bukan yang sedia ada.
Berikut antara beberapa komen menarik oleh pengguna Facebook:
Anuar Hasif Aminuddin Mungkin boleh mengurangkan kesesakan jalan raya.
Mohd Nor A Ghani D engan penamaan semula nama nama jalan ini anda semua dijamin tidak mengalami kesesakan lalu lintas dan juga mengalami keseronokan luar biasa apabila melalui jalan jalan tersebut.
Selain itu anda juga mengalami penjimatan minyak sebanyak 70 peratus. Bukan itu sahaja lubang- lubang di jalan raya tersebut juga hilang serta merta dan anda boleh menggunakan jalan tersebut tanpa rasa ragu-ragu.
Zack Epron Jangan salahkan posmen kalau ramai yang pencen awal lepas ini.
Surina Sulaiman K enapa tak buat dekat jalan-jalan di Putrajaya? Bukankah itu lebih baik. Bukan sahaja rakyat boleh kenal YDP Agong malah pelancong asing pun boleh tahu juga.
Kalau tukar nama jalan yang dah berdekad lamanya, bukan saja mengelirukan rakyat malah GPS, Waze dan segalanya pun nak kena set semula. DBKL ada fikirkan ini tak?
Shamsul Bahari Makin panjanglah pula. Nama asal dah bagus, pendek senang ingat. Lagi nak membazir tukar papan tanda nama jalan .
Azmi Ahmad BN ini nak minta kalah ke PRU akan datang? Suruh rakyat berjimat cermat, tapi DBKL membazir buat benda-benda yang tidak menambah nilai. Bisnes semua kena tukar letterhead (kepala surat) dan kad bisnes. Waze pun tak cukup ruang nak taip nama jalan.
Haziq Sulaiman Kami sebagai despatch M alaysia kami bangkang. Kerana kerajaan perlu fikirkan dahulu tentang pekerjaan kami sering mencari lokasi yang tepat untuk penghantaran dan sebagainya.
Sham Shinoda Saya mencadangkan agar nama-nama tanah perkuburan diletak nama menteri, biar beringat sikit. Saya sertakan contoh ya: tanah perkuburan Hasan Malek.
Shahrul Ikram Nordin Berapa kos? Siapa kontraktor? Bukan signboard saja, peta, buku, mapping software , dll.
Nate Amzar-Fahazan N anti laporan trafik di radio tiap-tiap pagi bunyi macam inilah: Trafik sesak di semua jalan-jalan nama Agong.
Haris Rahim Lagi menambahkan lagi kemalangan jalan raya. Sudah elok nama itu ditukar pula, patut yang tukar menteri bukanya nama jalan.
Ameer Sahaja Bersembur A ku nak cakap nama jalan ini pada pakcik teksi nanti:
“Hantar saya ke jalan Sultan Mizan Zainal Abidin. Lepas itu singgah sekejap dekat Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin. Kemudian nak balik nanti ambil saya dekat Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.”