Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apa dah jadi dengan Pak Samad, soal ISMA
Diterbitkan:  Nov 16, 2014 2:47 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman berkata naluri terancam orang Melayu adalah sesuatu yang sihat berdasarkan cabaran politik hari ini.

Menolak kenyataan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Abdullah Zaik berkata, bangsa Melayu sebagai kuasa besar sebelum ini melalui pelbagai peristiwa termasuk penjajahan, rampasan tanah dan terkini penjajahan minda.

“Ia masih menjadi sasaran kuasa-kuasa yang tamak. Keadaan paling teruk hari ini ialah penjajahan minda yang dialami oleh orang Melayu.

“Melayu sudah lama terancam, apa dah jadi dengan Pak Samad?” ujarnya seperti dilaporkan web rasmi NGO itu.

A Samad ( atas ) dalam wawancara dengan Malaysiakini yang disiarkan semalam menasihatkan masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan bahawa bangsa itu semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS