Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, Pakatan Rakyat bertanggungjawab terhadap kematian mangsa denggi kerana membiarkan perbalahan dalaman berlaku ketika wabak itu menyerang.
Katanya, ketika mereka bergaduh untuk mencari menteri besar, kes denggi di Selangor meningkat hampir 100 peratus.
“Mereka tidak peduli pada rakyat dan 32 orang meninggal dunia kerana denggi,” katanya kepada perwakilan Parti Progresif Rakyat (PPP) dalam konvensyennya di Ampang, Selangor hari ini.
Sebaliknya BN pula, kata Noh, tidak bersedia melihat rakyat menderita ekoran penyakit itu.
Malah, tambahnya, kerajaan BN membentuk jawatankuasa kabinet bagi menangani denggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.