Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tidak puas hati dengan prestasi pemimpin politik dalam memperjuangkan hak dan keperluan mereka, golongan bijak pandai Dayak bersama aktivis menganjurkan siri bengkel sekitar itu itu.

Bengkel anjuran bersama Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) dan Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) akan menganjurkan acara itu di bandar-bandar utama di negeri itu.

Ia bertujuan mengumpulkan idea, pengalaman dan pengetahuan peserta berhubung isu-isu ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan tanah yang berkait rapat dengan masyarakat itu.

Hasil daripada bengkel itu akan dijadikan asas bagi membentuk “Perjanjian Baru dengan Dayak untuk Abad ke-21” yang akan diserahkan kepada perdana menteri dan ketua menteri Sarawak.

“Mereka perlu lakukan ini kerana mereka lihat ahli politik Dayak sebagai penakut dan tidak berani mengetengahkan isu kritikal yang menjejaskan golongan Dayak, yang menyebabkan mereka menjadi antara masyarakat paling diabaikan di negara ini.

“Mereka hanya melihat kepada kepentingan politik masing-masing,” kata penganjur.

Masyarakat Dayak membentuk 50 peratus daripada keseluruhan 2.6 juga penduduk Sarawak.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS