Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Australia, Elizabeth Evatt, hairan dengan motif di sebalik pendakwaan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan liwat.

Evatt, yang menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan hakim Mahkamah Persekutuan negara itu tertanya-tanya mengapa undang-undang itu hanya digunakan ke atas Anwar.

Wanita 81 tahun itu berkata, tidak ramai individu didakwa atas kesalahan meliwat di Malaysia, dan kebanyakan kes itu hanya melibatkan Anwar.

Beliau juga berkata, undang-undang mengenai kesalahan liwat itu mendiskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.

"Ini adalah tinggalan sistem perundangan British yang sudahpun dimansuhkannya,” kata beliau.

Ditanya sekiranya beliau mengesan apa-apa campur tangan dalam prosiding tersebut, Evatt berkata beliau tidak melihat kejadian seperti itu setakat ini.

"Saya fikir, kita perlu tunggu keputusannya," tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati antarabangsa, Danthong Breen berkata isu yang dibangkitkan dalam rayuan itu juga menimbulkan keraguan munasabah, yang membolehkan pembebasan dari sabitan.

“Sekiranya keraguan dapat dibuktikan, itu sudah cukup untuk mendapatkan pembebasan,” kata wakil Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu.

Kedua-duanya merupakan antara lima orang pemerhati yang hadir di persidangan Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS