Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO: 2.15 MIN

Sekumpulan 17 organisasi siswa membentuk satu gabungan baru bagi menggembleng kumpulan pelajar untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan.

Kumpulan digelar Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (GANYANG) itu melibatkan gabungan kumpulan siswa dari 11 universiti swasta dan awam dari seluruh negara.

“Bawah Akta Hasutan, hampir apa saja yang dituturkan atau diterbitkan yang sedikit kontroversi boleh dianggap menghasut. Ia mengekang kebebasan akademik.

“Ia turut mewujudkan suasatan takut di kalangan rakyat Malaysia, seolah-olah seperti zaman gelap bawah pentadbiran kuku besi rejim bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata jurucakapnya, Adrian Lim.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika pelancaran GANYANG di Universiti Malaya semalam.

Lim yang juga siswa kampus tersebut berkata GANYANG disasarkan sebagai satu wadah untuk menyatukan semua pelajar yang menentang akta berkenaan.

“Gabungan ini khusus bagi pelajar bagi menggalakkan wacana yang lebih baik mengenai idea dan pandangan tanpa rasa takut,” katanya.

Tugas pertama GANYANG adalah menghimpunkan golongan siswa untuk menyertai perarakan anjuran Majlis Peguam pada 16 Oktober.

Siswa berkenaan akan menggunakan riben biru sebagai simbol bantahan mereka.

Kumpulan berkenaan juga akan melancqarkan kempen petisyen besar-besaran di seluruh negara, namun belum menetapkan tarikh program berkenaan.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS