Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cabaran kesahan Akta Hasutan ke Mahkamah Tinggi
Diterbitkan:  Oct 1, 2014 11:16 AM
Dikemaskini: 6:44 AM

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk membenarkan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Azmi Sharom untuk mencabar kesahan tuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

 

Ini selepas Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguamnya, Gobind Singh Deo.

 

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Zanol Rashid Hussain, yang berkata terdapat isu perlembagaan untuk diputuskan.

 

Isu-isu perlembagaan diputuskan oleh mahkamah tinggi - bermakna Mahkamah Tinggi ke atas - dan bukan oleh mahkamah yang lebih rendah.

Azmi dan beberapa individu lain telah didakwa di bawah Akta Hasutan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS