Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat penasihat ekonomi S'gor ditutup
Diterbitkan:  Sep 22, 2014 9:20 PM
Dikemaskini: 1:27 PM

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), kata CEO Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah berkata, SSIC merupakan pusat sehenti dan memiliki  pegawai-pegawai  terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran,  prosedur dan promosi.

Menurutnya, pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI.

Tambahnya, ia bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS