Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa orang perwakilan Pemuda PAS mengambil peluang untuk dalam perbahasan hari ini untuk mengemukakan kritikan ke atas ketua pegerakan itu, Suhaizan Kaiat atas ucapan dasar yang disampaikan semalam.

Walau kebanyakannya berbuat demikian dengan lemah lembut dan berkias, ada juga yang mengkritik secara terbuka, seperti wakil Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim.

Hishamuddin ketika membahaskan ucapan dasar itu berkata beliau kecewa dengan kandungan ucapan Suhaizan, terutama atas peringatan ketua Pemuda itu bahawa PAS tewas di Terengganu dan Kedah.

"Kenapa kita anggap proses pilihan raya telus sehingga kita terpaksa menyalahkan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan (bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak). Apa salah mereka?”

Dalam ucapannya di Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor itu, Hishamuddin berkata tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pengarah pilihan raya PAS.

Hadi menjadi menteri besar Terengganu antara 1999 hingga 2004 manakala Azizan menjadi menteri besar Kedah antara 2008 hingga 2013.

Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa Suhaizan tidak membangkitkan mengenai Perak, yang gagal dimenangi semula oleh Pakatan selepas mentadbir negeri itu selama setahun selepas pilihan raya umum 2008.

Belkau turut mempersoalkan seruan Suhaizan agar PAS mengamalkan “politik budiman” demi kerjasama dalam Pakatan, termasuk mengatur pertemuan antara para ketua Pemuda Pakatan dengan Hadi.

"Kita bercakap tentang budiman, tetapi tiba-tiba anggota tidak budiman dengan presiden sendiri,” katanya.

Hishamuddin juga kecewa dengan ketua AMK PKR yang mendedahkan butiran pertemuan dengan Hadi – bahawa presiden PAS itu menyatakan sokongan pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau seterusnya mempersoalkan komitmen Suhaizan pada Hadi.

"Saya mengikuti perbahasan sejak awal dan saya masih menunggu kenyataan rasmi dari ketua Pemuda PAS mengenai sokongan jelas pada presiden PAS,” katanya.

Kritikan yang timbul dalam sesi ini membangkitkan spekulasi bahawa para perwakilan mungkin mengemukakan usul untuk tidak menyokong ucapan dasar Suhaizan, yang menjadi seumpama satu usul tidak percaya ke atas ketua mereka.

Spekulasi tersebut bagaimanapun kembali reda apabila persidangan Pemuda PAS meluluskan usul ucapan dasar Suhaizan tanpa sebarang bantahan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS