Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kertas ujian Science UPSR bocor
Diterbitkan:  Sep 10, 2014 6:14 PM
Dikemaskini: Sep 11, 2014 6:42 AM

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan untuk mata pelajaran Science bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ditunda ke tarikh baru, 30 September.

Ia memandangkan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut, yang sepatutnya diduduki para pelajar pada 11 September dikesan tersebar luas di laman sosial.

“Kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” kenyataan kementerian dipetik.

Ia melibatkan peperiksaan bagi kertas Science dengan kod "018, 028, dan 038".

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan meminta maaf kepada calon dan ibu bapa terlibat.

"Saya harap ini tidak berulang kerana ia mengganggu pemikiran pelajar dan ibu bapa. Ia sesuatu yang saya rasa dukacita dan kita akan atasi perkara ini.

"Apapun saya harap peperiksaan bagi kertas itu dilaksanakan dengan baik," kata Muhyiddin seperti dipetik dalam laporan Bernama .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS